Ev Ting mahu bawa pulang kejuaraan ONE FC - Stadium MY
close
UFC

Ev Ting mahu bawa pulang kejuaraan ONE FC

Ev-Ting-CTT_1662

Sejarah mungkin tercipta dan Malaysia bakal memiliki juara dunia MMA pertama apabila penggusti MMA Malaysia, Ev Ting bakal beraksi menentang Eduard Folayang dari Filipina untuk kejuaraan Welterweight dunia ONE Fighting Championship (ONE FC).

Penggusti kelahiran Sri Rampai, Kuala Lumpur itu bakal menentang penggusti tuan rumah Eduard Folayang dalam perlawanan yang akan berlangsung di Mall of Asia Arena, Manila malam ini.

Mahu pulang dengan kejuaraan

Dalam satu temubual yang berlangsung di Facebook Tunetalk, penggusti berusia 27 tahun itu menyatakan bahawa dia mempunyai cara tersendiri untuk menewaskan Folayang.

“Folayang merupakan pesaing hebat. Tetapi saya akan tunjukkan kehebatan saya dan menyerang dia habis-habisan. Saya akan tunjukkan kenapa saya layak memegang kejuaraan itu. Saya akan serang dia di semua tempat. Saya akan tunjuk kenapa saya yang terbaik dan akan keluar sebagai penggusti yang terbaik.”

Ev turut mengulas mengenai perkembangan sukan MMA di Malaysia dan menyatakan bahawa perkembangan sukan itu sangat menggalakkan.

“Sukan MMA di Malaysia berkembang dengan pesat di Malaysia terutamanya sejak tiga tahun lalu. Terutamanya dengan penganjuran Mixed Martial Arts Malaysian Invasion (MIMMA) oleh Tunetalk. Saya harap ia boleh diadakan di semua tempat. Ianya satu platform yang bagus untuk semua pengamal MMA sebagai batu loncatan kepada mereka.”

Ramal Agilan boleh menang

Selain itu, Ev turut memberi pendapatnya mengenai perlawanan yang bakal berlangsung di antara seorang lagi penggusti Malaysia, Agilan Thani yang akan berdepan Ben Askren dari Amerika Syarikat pada 26 Mei ini di Singapura.

“Agilan mempunyai barisan kejurulatihan yang hebat dan tahu apa yang perlu dilakukannya. Askren seorang penggusti yang mudah dibaca dan Agilan akansentiasa berada setapak di hadapan.

“Agilan seorang prospek yang besar. Saya pun tidak mahu menentangnya.

Penggusti yang terkenal dengan jolokan E.T ini juga meramal bahawa seorang lagi penggusti dari Malaysia iaitu Gianni Subba mampu menjadi nama besar dalam dunia MMA suatu hari nanti dan wajar diberi perhatian.

Ev memerlukan sokongan kita untuk perlawanannya pada malam ini. Sekitar jam 10 malam ini kita mungkin akan memiliki seorang juara MMA dunia yang boleh dibanggakan.

Dengan doa dan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat Malaysia, pastinya Ev Ting mampu menewaskan Eduard Folayang.

Tags : Agilan ThaniBen AskrenEduard FolayangEv TingMIMMAMMAOne FC
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.