Pengulas UFC selamatkan penggusti yang pengsan - Stadium MY
close
UFC

Pengulas UFC selamatkan penggusti yang pengsan

MMA: UFC Fight Night-Cummings vs Coy

Penggusti UFC, Nathan Coy boleh mengucapkan terima kasih kepada dua pengulas UFC, Jon Anik dan Brian Stann.

Anik dan Stann boleh dikatakan telah membantu menyelamatkan Nathan Coy daripada kecederaan yang serius menerusi jeritan mereka pada hari Sabtu yang lalu.

Nathan yang beraksi dalam kategori welterweight sedang melawan penggusti tuan rumah, Zak Cummings di Kansas City, tetapi pengadil tidak dapat melihat bahawa sebenarnya perlawanan tersebut sudah tamat.

Pengulas arah hentikan perlawanan

Zak ketika itu menggunakan teknik guillotine choke ke atas Nathan yang membuatkan dia pengsan dalam pusingan pertama tetapi pengadil bertugas, Mike England, tidak dapat melihat bahawa dia sudah pengsan.

Bekas penggusti middleweight UFC, Brian Stann yang menjadi pengulas untuk UFC di FOX 24, dengan pantas menjerit meminta perlawanan tersebut dihentikan selepas melihat Nathan pengsan. Sambil disertai Jon Anik, kedua-dua mereka menjerit “Hentikan perlawanan!” apabila melihat Coy sudah mula lembik.

Nampaknya semua orang di dalam arena tersebut dapat melihat Nathan pengsan sebelum pengadil. Bahkan pihak lawannya juga sudah menyedari perkara tersebut.

“Saya tahu dia telah pengsan, tetapi saya tidak boleh berhenti selagi pengadil tidak menghentikan saya,” kata Cumming berkenaan kemenangannya.

“Ianya satu perkara yang sukar kerana sebelum ini saya pernah bertarung dalam perlawanan di mana pihak lawan sudah menyerah kalah, saya lepaskan, tetapi pengadil tidak nampak. Ia pernah berlaku kepada saya secara peribadi.

“Ianya antara perkara di mana saya tahu dia sudah pengsan, tetapi ada sesetengan penggusti membuat tipu helah, di mana mereka mula bernafas dengan pelik, atau membuat sesuatu, dan anda longgarkan kunci, dan tiba-tiba mereka bangun dengan pantas. Sebab itu saya tidak akan berhenti selagi tidak diarahkan pengadil.”

Cummings tiada pilihan

Kemenangan tersebut adalah kemenangan keenam Zak Cummings di UFC dan kali kedua berturut dia menang menerusi submission.

Penggusti berusia 32 tahun itu mengakui bahawa ianya satu perkara yang menakutkan bahawa pengadil boleh mengambil masa yang lama sebelum menyelamatkan penggusti yang pengsan tetapi turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pilihan selain terus berlawan sehingga perlawanan tamat.

“Saya rasa dia sudah pengsan agak lama, sebelum mereka menghentikannya,” kata Cumming. “Saya tahu saya perlu berhenti, tetapi saya hanya gembira dapat menamatkan perlawanan sebelum loceng berbunyi.

“Saya bencikannya. Ianya menakutkan saya. Tetapi saya tidak boleh berhenti. Anda tidak boleh melakukannya.”

Tags : Brian StannJon AnikNathan CoyUFCZak Cummings
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.