Bekas pemain Tennis No.1 dunia umum persaraan - Stadium MY
close
Tennis

Bekas pemain Tennis No.1 dunia umum persaraan

TENNIS-AUS-OPEN

Bekas pemain No.1 dunia Juara Terbuka Perancis 2008, Ana Ivanovic, mengumumkan persaraan dari sukan tenis pada umur 29 tahun.

Pemain Serbia itu mengalami kecedereaan sejak Ogos lalu dan jatuh ke kedudukan ke 63 dunia, selepas hanya menang 15 perlawanan pada tahun 2016 – kali terakhir pada bulan Jun.

“Saya hanya boleh bermain jika ianya pada tahap tertinggi saya. Saya tidak lagi boleh melakukannya dan sudah sampai masa saya berhenti,” katanya.

Ivanovic menduduki tangga No.1 dunia selama 12 minggu pada tahun 2008 dan memenangi 15 kejuaraan sepanjang kerjayanya.

Dia berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Perancis pada tahun 2015 dan merupakan naib juara di Roland Garros dan Wimbledon pada tahun 2007 serta di Terbuka Australia pada tahun 2008.

“Ianya merupakan keputusan yang sukar tetapi saya ada banyak sebab untuk meraikannya,” tambah Ivanovic.

“Saya mula bermimpi mengenai bermain tennis ketika berusia lima tahun dan menyaksikan Monica Seles bermain di TV.

“Saya telah mencapai kejayaan yang saya tidak pernah sangka boleh dicapai.”

Ivanovic, yang mengahwini pemain tengah Manchester United Bastian Schweinsteiger awal tahun ini, berkata dia akan meneroka peluang lain dalam bidang perniagaan, kecantikan dan fesyen selepas bersara dan berkata ia akan memberikannya lebih banyak masa untuk berkerja bersama Unicef, dia mana dia memegang jawatan duta kebangsaan untuk Serbia.

Tags : Ana Ivanovicbastian schweinsteigerManchester UnitedMonica SelesRoland GarrosTennisTerbuka AustraliaTerbuka PerancisUnicefWimbledon
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.