Nicol tewaskan Hansen untuk mara ke suku akhir di Mesir - Stadium Malaysia
close
Squash

Nicol tewaskan Hansen untuk mara ke suku akhir di Mesir

Nicol David

Ratu skuasy negara, Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla di Mesir.

Pemain berusia 33 tahun itu hanya memerlukan 30 minit untuk menundukkan pemain Denmark, Line Hansen 11-5, 11-3, 11-8 di Kelab Wadi Degla, Cairo pada hari Isnin.

Ini kemenangan kedua Nicol ke atas Hansen dalam dua pertemuan selepas kali pertama menewaskan pemain No.25 dunia itu di pusingan pertama Terbuka US tiga minggu lalu.

Nicol berpuas hati dengan kemenangan tersebut.

“Saya rasa saya bermula baik. Saya terleka sedikit di penghujung set ketiga. Dalam perlawanan pertama di kejohanan, kadang-kala ia berlaku,” kata Nicol.

Nicol akan bertemu pemain No.10 dunia Nour El Tayeb dari Mesir untuk merebut tempat ke separuh akhir. Nicol menang dua kali ke atas Nour bulan lalu – di suku akhir Terbuka NetSuite dan pusingan kedua Terbuka US.

Nicol sedang dalam misi memenangi kejuaraan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang pertamanya untuk tahun ini. Nour El Sherbini dari Mesir dan Laura Massaro dari England – pemain No.1 dan 2 dunia – tidak beraksi di Cairo.

Delia Arnold gagal menyertai Nicol ke suku akhir apabila tewas kepada Tesni Evans dari Wales 11-6, 11-6,8-11, 11-8. Ini kekalahan ketiga Delia di perlawanan penmbukaan dalam tiga siri jelajah yang disertainya.

Tags : CairoDelia ArnoldEnglandLaura MassaroMesitNicol DavidNour El SherbiniSkuasyTerbuka Wadi Degla
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.