Hazard mahu tinggalkan Chelsea? - Stadium Malaysia
close
FootballNews

Hazard mahu tinggalkan Chelsea?

eden-hazard-556019

Adakah Hazard memberi bayangan bahawa sudah sampai masanya untuk dia meninggalkan Chelsea?

Bintang Blues itu nampaknya akan membuatkan pihak pengurusan dan penyokong Chelsea tidak dapat tidur lena apabila menyatakan impiannya untuk bermain di bawah kendalian pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan bekas pengurusnya dahulu, Jose Mourinho.

Hazard menjadi sasaran Real Madrid pada musim panas yang lalu dengan Zidane menunjukkan minatnya terhadap Hazard.

“saya tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Akan tetapi, untuk bermain di bawah kendalian Zidane adalah impian saya pastinya,” kata Hazard seperti dilaporkan Metro.

“Saya sedang menikmati masa saya di Chelsea. Banyak lagi yang saya ingin capai bersama mereka. Saya fokus bermain untuk Chelsea sekarang.

“Sudah tentu (mengenai peluang bermain di bawah Jose Mourinho lagi). Saya suka berdepan dengannya sebagai pesaing. Jika kami boleh berkerjasama lagi di masa hadapan, pastinya bagus.

Tags : ChelseaEden HazardZinedine Zidane
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.