P. Diddy mahu membeli Liga Bolasepak Amerika Syarikat - Stadium Malaysia
close
News

P. Diddy mahu membeli Liga Bolasepak Amerika Syarikat

Sean-P.-Diddy-Combs-4

Bayangkan Altimet, Joe Flizzow atau Malique membeli Liga Super Malaysia dan menjadi pemilik liga bolasepak Malaysia.

Itulah yang ingin dilakukan oleh pemuzik terkenal, P Diddy yang meluahkan keinginan untuk membeli francais Liga Bolasepak Amerika (NFL).

Perkara ini diluahkan oleh Diddy menerusi laman sosial peribadinya dan menyatakan bahawa dia mahu memiliki liganya sendiri di mana pemain boleh bebas bersuara tanpa menjadi mangsa oleh orang-orang yang berkuasa.

Dalam laman instagram peribadinya, Diddy menulis:

“Saya mempunyai mimpi untuk memiliki pasukan NFL saya sendiri, tetapi selepas siaran ini IMPIAN SAYA ADALAH UNTUK MEMILIKI LIGA KAMI SENDIRI.

“DI MANA ANDA BOLEH MENJADI DIRI SENDIRI. Mempunyai plan persaraan. Mempunyai kebebasan untuk menjadi manusia hebat dan mempertahankan kaum mereka sendiri tanpa menjadi mangsa kerana mempertahankan kepercayaan sendiri!!”

Sementara itu di laman Twitternya, Diddy mendesak agar pihak bertanggungjawab menjual NFL kepadanya segera.

Diddy meluahkan rasa kecewanya ini selepas Pesuruhjaya NFL Roger Goodell menghantar memo kepada semua pasukan mengarahkan semua pemain untuk berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan selepas ramai pemain dan pasukan membuat bantahan dengan melutut sebelah kaki ketika lagu kebangsaan dimainkan sebagai tanda bantahan kepada beberapa isu perkauman yang berlaku di Amerika Syarikat.

Jika Diddy berjaya membeli NFL, mungkin kita boleh melihat Malique memiliki Liga Bolasepak Malaysia suatu hari nanti.

 

Tags : NFLP.Diddy
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.