KL 2017 Archives - Stadium Malaysia
close

KL 2017

KL 2017

Zulhaizat Zainal tambah pungutan pingat emas olahraga Malaysia

Screen Shot 2017-09-19 at 12.40.16 PM

Malaysia berjaya menambah pungutan pingat emas dalam acara olahraga apabila pelari Malaysia, Muhammad Zulhaizat Zainal Abidin muncul juara dalam acara 400m lelaki T13.

Zulhaizat menewaskan pelari dari Thailand C. Premruedichaisak, Tranmanu Tung dari Vietnam dan pelari Laos, Thongkham Bualoy dengan catatan masa 54.80 saat.

Dalam acara sebelum ini, Malaysia berjaya merangkul pingat emas menerusi Eddy Bernard dalam acara lompat jauh T37, Hemala Devi Eni Kutty dalam acara lontar peluru F11/F12 dan Mohamad Erwan Mohamad Hasnoor dalam acara lompat jauh T38.

Setakat ini, Malaysia sudah memungut 10 pingat emas bagi acara olahraga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KL 2017

Skuad bolasepak CP Malaysia bergaya ke separuh akhir

IMG_3846

Bergaya ke separuh akhir.

Skuad bolasepak 7 sebelah (CP) Malaysia, mara ke separuh akhir dengan bergaya selepas membelasah Kemboja 12-0.

Malaysia mara ke separuh akhir mencatat dua kemenangan dari dua perlawanan dalam Kumpulan A. Semalam Malaysia menewaskan satu lagi pasukan, Singapura 5-3.

Ketua jurulatih Bolasepak CP Malaysia, Asnan Mohd Zuki begitu gembira dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

“Prestasi kita berdasarkan pasukan lawan, kita menguasai perlawanan. Saya mahu anak buah saya bermain seperti dalam sesi latihan. Secara keseluruhan memang pemain kita bermain dengan baik. Bila pasukan lawan lebih kuat, mereka akan lebih bersemangat dan mungkin bermain dengan lebih baik.

“Kita menguasai perlawanan dan tiada serangan merbahaya dari pihak lawan. Pasukan menguasai perlawanan seperti yang telah kita terapkan dalam latihan.”

Tiada masalah buat Malaysia untuk mara ke separuh akhir selepas menang kedua-dua perlawanan mereka.

Malaysia kini perlu menunggu untuk mengetahui siapa yang bakal ditemui dalam perlawanan pada pagi Khamis nanti di Padang C, MSN Bukit Jalil.

Namun, Asnan yakin persiapan mereka sudah cukup untuk menang dan membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir.

Pemain Malaysia begitu bersemangat untuk membawa Malaysia ke pentas separuh akhir.

“Persediaan kami untuk separuh akhir, kami akan analisa permainan pihak lawan . Tapi saya perlu tunggu siapa yang akan kami jumpa di separuh akhir. Selepas itu baru saya boleh susun taktikal untuk perlawanan tersebut. Sebab itu penting kami ada video analisis.

“Kami memang sasarkan ke akhir, dan seterusnya menang emas. Terutamanya kerana bermain di tempat sendiri dan kami tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia. Kami juga sudah membuat persiapan yang baik apabila mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan ‘able’ dan bukan pasukan kelainan upaya.”

Asnan turut menyeru agar rakyat Malaysia dapat hadir ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada anak buahnya.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang menyokong kami di separuh akhir. Siapa yang berdekatan, saya berharap dapat hadir memberi sokongan pada hari Khamis ini dalam perlawanan hidup mati untuk mara ke perlawanan akhir. Penyokong pastinya mampu memberi semangat kepada pasukan. “

Malaysia akan beraksi di separuh akhir pada hari Khamis ini pada pukul 8.30 pagi di Padang C, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KL 2017

Sukan Para Asean KL 2017: Kenali acara Boccia

Screen Shot 2017-09-15 at 10.57.28 AM

Sebelum bermula Sukan Para Asean pada hari Ahad ni, hari ini kita akan mengenali lagi satu acara di Sukan Para Asean, Boccia.

Sukan Boccia ini tidaklah banyak beza seperti sukan boling padang atau Petanque. Acara ini satu-satunya sukan di mana pasukan boleh mempunyai campuran wanita dan lelaki.

Bagi acara pasangan dan berpasukan, setiap pasukan boleh mempunyai seorang pemain simpanan, namun hanya satu pertukaran pemain dibenarkan.

Bagi membolehkan seorang pemain bertanding dalam acara Boccia di peringkat tempatan atau antarabangsa, atlet itu harus mempunyai kelainan upaya di mana dia perlu berada di atas kerusi roda dan disebabkan oleh cerebral palsy atau mana-mana kecacatan yang melibatkan keadaan neurological, seperti muscular dystrophy dan kecederaan pada otak.

Pemain Boccia akan diklasifikasikan kepada empat peringkat.

BC1 – Pemain yang boleh membaling bola dengan tangan atau menggunakan kaki. Mereka mungkin beraksi dengan bantuan yang akan berada di luar kotak, bagi membantu mengimbangkan atau membetulkan kerusi roda pemain.

BC2 – Pemain yang boleh membaling bola menggunakan tangan. Tidak memerlukan pembantu.

BC3 – Pemain di kategori ini mempunyai keterbatasan dari segi pergerakan untuk membaling bola boccia ke gelanggang. Mereka mungkin menggunakan peralatan seperti tanjakan dan memerlukan pembantu.

BC4 – Pemain kelas ini mempunyai kelainan upaya locomotor yang teruk di kesemua empat anggota badan dan juga kawalan yang sukar. Namun, mereka juga mempunyai ketangkasan yang mencukupi untuk membaling bola ke dalam gelanggang. Tidak memerlukan pembantu.

Cara dan peraturan acara ini tidaklah banyak beza dari Petanque. Pemain boleh membaling, menggolek, menendang atau menggunakan tanjakan untuk menggerakkan bola.

Sukan Boccia mempunyai acara individu, pasangan dan berpasukan. Photo credit: Sport Singapore

Pasukan akan dibahagikan kepada dua, merah dan biru. Kawasan melontar akan dibahagikan kepada enam kotak kecil di mana setiap pemain perlu berada di dalam kotak mereka sendiri sepanjang permainan.

Setiap pasukan perlu membaling bola supaya sehampir yang mungkin dengan Jack (bola putih). Setiap pasukan akan membaling sebanyak enam kali bagi setiap pusingan. Bagi acara individu dan berpasangan akan mempunyai EMPAT pusingan sementara bagi berpasukan ENAM pusingan.

Bola yang paling hampir dengan Jack akan mendapat SATU mata dan setiap bola yang hampir juga akan mendapat SATU mata. Mata boleh berubah mengikut permainan contohnya seperti pasukan lawan menolak bola pesaing mereka untuk bergerak jauh dari Jack.

Pembantu akan membantu pemain Boccia untuk melungsurkan bola menggunakan tanjakan. Photo credit: Sport Singapore

Di akhir setiap pusingan, pengadila akn mengukur jarak semua bola yang paling hampir dengan Jack dan memberikan markah. Pasukan dengan pungutan mata tertinggi di penghujung perlawanan akan menang. Jika kedua-dua pasukan terikat mata, satu pusingan tambahan akan dimainkan untuk menentukan pemenang.

Di Sukan Para Asean 2015, Malaysia merangkul dua pingat perak dalam acara individu BC1 menerusi Chew Wei Lun serta berpasukan BC1/BC2 dan satu pingat gangsa dalam acara individu BC2 menerusi Mohamad Syafiq Mohd Noh.

Skuad Boccia negara akan beraksi di Sukan Para Asean pada 18-22 September ini di Dewan 6, MiTEC.

KL 2017

#KL2017 Sukan Para Asean : Kenali acara bola keranjang kerusi roda

Screen Shot 2017-09-14 at 10.57.55 AM

Kita sering dan kenal mengenai bola keranjang dengan menonton perlawanan NBA. Kita kenal pemain seperti Yao Ming, Michael Jordan, Lebron James dan ramai lagi.

Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana cara bermain bola keranjang dengan menaiki kerusi roda.

Hari ini kita akan mengenali satu lagi acara yang dipertandingkan di Sukan Para Asean, Bola keranjang kerusi roda.

Sebenarnya tidak ada banyak beza acara ini dengan acara bola keranjang biasa. Setiap pasukan dianggotai 12 orang pemain dengan LIMA orang sahaja akan berada di gelanggang.

Pemain akan diklasifikasikan menggunakan sistem mata iaitu dari 1.0 hingga 4.5 di mana lebih tinggi mata semakin kurang tahap kelainan upayanya. Setiap pasukan tidak boleh melebihi 14 mata dari jumlah mata pemain.

Setiap pemain perlu membaling atau melantunkan bola selepas dua kali tolakan kerusi roda. Dari segi pungutan mata, tiada bezanya dengan acara biasa di mana SATU mata untuk free throw, DUA mata dari lontaran dalam kawasan dan TIGA mata untuk dari luar kotak.

‘Foul’ akan diberikan apabila ada perlanggaran dengan pemain atau kerusi roda. Setiap perlawanan akan berlangsung dalam empat suku masa dengan 10 minit bagi setiap satu darinya. Jika keputusan terikat, masa tambahan selama LIMA minit akan dimainkan.

Malaysia meraih pingat perak dalam acara 3 v 3 dan 5 v 5 di Sukan Para Asean 2015. Photo credit: Sport Singapore

Bagi acara ini, setiap pemain akan menggunakan kerusi roda yang lebih ringan dari biasa untuk memudahkan pergerakan mereka. Semua pemain akan diikat pada kerusi roda mereka untuk mengelak mereka dari jatuh semasa perlawanan.

Acara bola keranjang di Sukan Para Asean akan berlangsung di MiTEC pada 18-22 September ini.

Skuad 3 v 3 Malaysia akan memulakan aksi menentang Laos pada 18 September ini dan skuad 5 v 5 Malaysia akan beraksi menentang Laos pada 19 September.

 

KL 2017

Atlet pecut Ahmad Solihim bertekad menang emas di KL 2017

IMG_3164

Tiada yang lain selain emas.

Itulah sasaran atlet para negara, Ahmad Solihim Mohd Nor menjelang Sukan Para Asean yang akan berlangsung pada 17-23 September ini.

“Saya sasarkan emas sahaja, tiada yang lain,” kata Solihim ketika ditemui dalam majlis penyerahan bendera pada hari Selasa di Hotel Seri Pacific.

“Sejak saya balik dari Singapura (Para Asean 2015), memang saya sasarkan di Kuala Lumpur saya mesti menang emas.”

Atlet pecut berasal dari Terengganu ini akan beraksi dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter bagi kategori T46 dalam Sukan Para Asean 2017 ini.

“Secara peribadi saya sasarkan sekurang-kurangnya satu emas, tapi kerana saya masuk dua acara (individu), saya mahu menang kedua-dua acara.”

Ahmad Solihim meraih pingat perak dalam acara 100m dan 200m di Sukan Para Asean Singapura 2015.
Photo credit: Sport Singapore

Di Singapura, Solihim meraih pingat perak dalam acara 100 meter dan 200 meter T46 apabila tewas kepada atlet Vietnam, Phung Dinh Tu, salah satu peserta yang dirasakan bakal menjadi pencabar terdekatnya bagi edisi di Kuala Lumpur kali ini.

“Saya rasa Vietnam dan Thailand akan menjadi pencabar terdekat saya. Juga seorang lagi peserta dari Filipina.

“Saya mahu tebus balik kekalahan saya di Singapura.”

Melihat kepada semangat Solihim, tiada yang mustahil dia akan dapat menebus kembali kekalahannya di Singapura. Sama seperti rakan-rakannya yang lain, Solihim berazam mahu menang di laman sendiri.

Acara olahraga Sukan Para Asean akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18-22 September dan akan menampilkan ramai atlet dari Malaysia termasuk pemenang-pemenang pingat di Sukan Paralimpik Rio 2016 seperti Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Ziyad Zolkefly.

KL 2017

Sukan Para Asean KL 2017: Kenali Goalball

Screen Shot 2017-09-13 at 11.48.22 AM

Selepas dua acara yang menggunakan kaki, kini kita beralih ke satu acara yang menggunakan tangan pula.

Sama seperti bolasepak 5 sebelah, Goalball juga merupakan acara untuk pemain yang mempunyai masalah penglihatan. Ianya dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain dan menggunakan bola yang mempunyai loceng di dalamnya.

Acara ini agak mudah difahami kerana pemain perlu menggolek bola ke dalam gawang lawan dan pihak lawan perlu memastikan bola tidak masuk. Seperti permainan di antara dua penjaga gol bolasepak.

Setiap pasukan hanya dianggotai enam orang dengan tiga orang pemain dan tiga simpanan.

Perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa. Setiap separuh masa adalah selama 10 minit (12 minit di Sukan Paralimpik).

Jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, masa tambahan akan digunakan bagi mencari pemenang. Dan jika keputusan tetap berakhir seri, penentuan akan dilakukan menerusi ‘extra throw’ yang sama seperti penentuan sepakan penalti dalam bolasepak.

Begini cara Extra Throw dilakukan dalam sukan Goalball. Photo credit: Sport Singapore

Berbeza dengan bolasepak, penonton yang hadir ke acara Goalball perlu senyap sepanjang perlawanan supaya tidak mengganggu konsentrasi pemain yang perlu mendengar bunyi loceng daripada bola. Penonton boleh bersorak jika sebarang gol dihasilkan.

Goalball merupakan satu-satunya sukan yang hanya mempunyai satu klasifikasi untuk pemain. Namun, bagi memastikan perlawanan berjalan adil dan saksama, mata semua pemain yang beraksi akan ditutup.

Skuad Goalball lelaki Malaysia memenangi pingat perak di Sukan Para Asean 2015 Singapura.

Skuad Goalball lelaki dan wanita Malaysia akan memulakan kempen dengan menentang Laos pada hari Ahad ini di MiTEC.

Pasukan Goalball lelaki negara akan beraksi pada pukul 9 pagi sementara skuad wanita akan beraksi pada pukul 11.30 pagi.

KL 2017

Atlit berbasikal Para perlu tunggu penilaian doktor pakar

Satu tragedi yang cukup menyedihkan.

Kemalangan yang melibatkan atlit berbasikal para negara sememangnya satu perkara yang menyedihkan. Dua atlet kita, Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali dan Mohd Khairul Hazwan Wahab perlu menunggu penilaian dari doktor pakar sebelum apa-apa keputusan dibuat berkenaan penglibatan mereka di Sukan Para Asean.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, selepas melawat kedua-dua mangsa di Hospital Sungai Buloh pada hari Khamis seperti dilaporkan Bernama.

“Mereka masih memerlukan pemantauan dan sekiranya dibenarkan doktor, mereka boleh keluar dari Hospital Sungai Buloh, esok (jumaat).

“Mereka akan terus dipantau mengenai penyertaan dalam Sukan Para Asean ini walaupun hentakan di kepala, terdapat beberapa prosedur dan protocol perlu dipatuhi apabila berlaku insiden ini.”

Mungkin ada antara kita yang tidak berapa mengenali dua atlit para yang terlibat dengan kemalangan ini. Kedua-duanya merupakan prospek emas bagi acara mereka.

Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali merangkul gelaran juara di Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Para Dunia di Tokyo, Jepun.
Photo credit: The Star Online

Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali merupakan juara di Kejohanan berbasikal lebuh raya Dunia Meiji-Jingu di Tokyo, Jepun pada tahun ini. Gandingannya bersama pilot, Muhd Nur Syafiq Suhaimy menewaskan ramai pelumba hebat dengan catatan masa 37:40.

Mohd Khairul Hazwan Wahab merangkul pingat gangsa di Sukan Para Asia 2014.
Photo credit: My News Hub

Sementara Mohd Khairul Hazwan Wahab pula merupakan wakil Malaysia yang beraksi di Sukan Paralimpik Rio pada tahun lalu. Dia merangkul pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal Dunia, India pada tahun 2013 dan juga Sukan Para Asia yang berlangsung di Incheon pada tahun 2014.

Buat masa ini, apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan adalah berdoa dan berharap agar kesemua mangsa yang terlibat akan segera pulih dan bangkit segera.

Acara berbasikal Lebuh Raya Sukan Para Asean dijadualkan berlangsung pada 20-21 September di Putrajaya.

Sukan Para Asean akan berlangsung pada 17-23 September dan Malaysia menghantar 372 atlit bagi kesemua 16 sukan yang dipertandingkan nanti.

KL 2017

Skuad bolasepak negara mahu menang emas di Sukan Para Asean

IMG_2679

Kehangatan bolasepak masih lagi terasa dari Sukan SEA yang lalu dan kini giliran skuad bolasepak Sukan Para Asean pula yang akan berjuang demi negara.

Pemain bolasepak acara 7 sebelah (Cerebral Palsy) negara, Mohamad Sobri Ghazali menyatakan bahawa persiapan mereka berjalan lancar dan mereka akan berjuang habis-habisan untuk menang di tempat sendiri.

“Persiapan bagi pasukan bolasepak CP ni berjalan lancar dan tiada masalah bagi saya. Kalau boleh kami nak sasarkan pingat emas kerana bermain di tempat sendiri.

“Bermain di tempat sendiri pastinya ada kelebihan buat kami, terutamanya kerana kami ada penyokong.

Ayam tambatan negara, Sobri Ghazali menjaringkan 10 gol di Sukan Para Asean 2015 Singapura

Sobri yang merupakan penjaring terbanyak di Sukan Para Asean 2015 di Singapura yang lalu mahu mengakui bermain di tempat sendiri juga ada tekanannya.

“Bagi saya ada tekanan bermain di tempat sendiri. Tapi bagi saya kita perlu ada sasaran dan saya sendiri ada sasaran (jadi penjaring terbanyak) kerana saya mahu kekalkan momentum yang lepas.”

Skuad bolasepak Para Asean giat berlatih bagi membantu Malaysia memenangi pingat emas di tempat sendiri

Skuad bolasepak 7 Sebelah Para Asean menduduki tempat ke-4 di Singapura, namun kelibat Sobri yang menjaringkan 10 gol di edisi tersebut pastinya mampu membantu skuad istimewa ini membanggakan negara.

Kini, apa yang mereka perlukan adalah sokongan dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia. Jangan lupa menyokong atlit Para Asean negara di Sukan Para Asean yang akan berlangsung pada 17-23 September nanti.

Skuad bolasepak 7 sebelah (CP) Para Asean akan membuka tirai dengan perlawanan menentang Singapura pada 18 September ini di Padang C, Majlis Sukan Negara.

Malaysia menghantar 1500 atlit, jumlah terbesar sepanjang 17 tahun penganjuran Sukan Para Asean

KL 2017

Matt Davies, Brendan Gan ucap selamat berjaya kepada skuad bolasepak Para Asean

Matt Davies

Dari seorang pemain bolasepak kepada pemain bolasepak yang lain.

Pemain kebangsaan, Matthew Davies dan bekas pemain tengah Kelantan, Brendan Gan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan bolasepak 7 sebelah (Cerebral Palsy) negara yang akan beraksi di Sukan Para Asean September nanti.

Kedua-dua pemain itu memberikan ucapan mereka kepada skuad luar biasa itu menerusi laman Twitter peribadi masing masing.

“Ianya hebat melihat orang dari pelbagai latar belakang mengejar benda yang mereka cintakan dalam sukan. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka semua di temasya itu nanti,” tulis Brendan Gan kepada mereka.

Sementara Matt Davies yang beraksi di Sukan SEA lalu menulis: “Selamat berjaya semua di Sukan Para Asean, anda semua pasti akan membanggakan negara.”

Pastinya ucapan dari pemain-pemain ini akan lebih menaikkan semangat skuad bolasepak Para Asean negara. Jika ada lebih ramai peman profesional yang memberikan ucapan sebegini kepada mereka, pasti ianya akan menjadi tonik buat mereka.

Mungkin pemain-pemain Liga Malaysia dan skuad kebangsaan boleh meluangkan masa sebentar untuk bertemu pemain-pemain bolasepak Para Asean ini dan memberikan kata-kata perangsang supaya mereka akan berjuang habis-habisan untuk memberikan pingat emas kepada negara.

KL 2017

Thailand perli pungutan pingat emas Malaysia di Sukan SEA 2017

Screen Shot 2017-08-29 at 10.21.06 AM

Kelebihan tuan rumah.

Kontinjen Thailand menyatakan Malaysia mendapat kelebihan selaku tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas Malaysia terus mendominasi pungutan pingat emas.

Ketua delegasi Thailand, Thana Chaiprasit dalam satu kenyataan di Bangkok Post mengeluh mengenai beberapa sukan yang digugurkan dalam Sukan SEA edisi kali ini.

“Mereka menambah acara yang mereka hebat dan menggugurkan acara sukan yang negara lain hebat.

“Apabila kami pulang, kami akan melihat semua kesilapan kami dan selesaikan semua masalah dengan serius.”

Bagi Sukan SEA kali ini, Thailand mensasarkan untuk mendapat 109 pingat emas dan kini sekadar memungut 60 pingat emas sementara Malaysia nampaknya bakal melebihi sasaran 111 pungutan pingat emas yang ditetapkan.

Mengikut sejarah, Malaysia sudah menganjurkan Sukan SEAP dan Sukan SEA sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017 tetapi sekadar menjadi juara keseluruhan ketika menjadi tuan rumah pada 2001 dan 2017.

Kelebihan tuan rumah akan sentiasa ada walau negara mana pun yang menjadi tuan rumah disebabkan setiap negara penganjur bebas untuk menambah dan menggugurkan mana-mana acara bagi setiap edisi.