Indra Putra sertai The City Boys - Stadium Malaysia
close
Football

Indra Putra sertai The City Boys

Malaysia’s Indra Putra Mahayuddin (R) is

Selepas meletakkan sasaran mahu menduduki lima tempat teratas Liga Super 2018, Kuala Lumpur nampaknya sudah mula garang mencari pemain baru yang mampu membantu mereka.

Kuala Lumpur FA mengumumkan bahawa bekas bintang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin telah menyertai The City Boys bagi musim 2018.

Welcome @indra_putra23 ! 💥✍️⚽️💥

A post shared by Kuala Lumpur FA (@kualalumpurfa) on

Indra yang juga pernah menyarung jersi Pahang, Perak dan Felda United tidak menyambung kontraknya bersama Kelantan dan dikhabarkan telah menandatangani kontrak dengan Kuala Lumpur bersama pemain pertahanan Terengganu, Firdaus Faudzi.

Indra pernah menjulang kejuaraan treble Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia bersama Kelantan pada tahun 2012.

Turut dikaitkan bakal menyertai Kuala Lumpur bagi mengisi kuota pemain Asean adalah pemain Persib Bandung, Achmad Jufriyanto.

 

 

Tags : Indra Putra MahayuddinKuala Lumpur FA
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.