Liverpool mahukan Aubameyang? - Stadium Malaysia
close
Football

Liverpool mahukan Aubameyang?

3_bvbnachrichtenbild_regular

Di saat barisan pertahanan memerlukan pemain baru, nampaknya Liverpool lebih mahukan penyerang baru walaupun sudah mampu menjaringkan gol yang banyak.

Terbaru, Liverpool dikaitkan dengan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang yang kini dilihat mahu meninggalkan kelab Bundesliga itu.

Penyerang berusia 28 tahun itu memulakan kempen dengan cemerlang apabila menjaringkan 17 gol daripada 19 penampilan di Signal Iduna Park, namun dikhabarkan mahu meninggalkan Dortmund sejak jendela perpindahan yang lalu.

Bekas pengurusnya di Dortmund, Jurgen Klopp dikatakan berminat untuk bersatu kembali bersama anak didiknya itu dengan Daniel Sturridge bakal dilepaskan ke AC Milan.

Namun, jika Klopp mahu membawa penyerang antarabangsa Gabon itu ke Merseyside, dia perlu bersaing dengan Antonio Conte yang juga mahu membawa Aubameyang ke Stamford Bridge.

Borussia Dortmund dikatakan sudah hilang kesabaran dengan Aubameyang selepas beberapa masalah disiplin termasuk dilayangkan kad merah dalam perlawanan Schalke 04 yang berkesudahan seri 4-4 walaupun Dortmund mendahului 4-0 di separuh masa pertama.

Tags : LiverpoolPierre Emerick Aubameyang
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.