Cantona: "Hanya saya yang layak menggantikan Fergie" - Stadium Malaysia
close
Football

Cantona: “Hanya saya yang layak menggantikan Fergie”

FRANCE-FILM-FESTIVAL-CANNES

Jika Jose Mourinho gagal membawa kejuaraan Liga Perdana kembali ke Old Trafford, siapa lagi yang mampu?

Nampaknya lagenda Manchester United, Eric Cantona yakin dia sebenarnya calon paling tepat yang sepatutnya menggantikan Sir Alex Ferguson selepas bekas pengurus Manchester United itu bersara pada tahun 2013.

“Hanya saya mampu membuat mereka berjaya (selepas Fergie bersara pada tahun 2013). Tiada orang lain, hanya saya,” kata Cantona seperti dilaporkan oleh The Sun.

Ketika ditanya jika Cantona mahu kembali ke dunia bola sepak sebagai pengurus, dia menjawab: “Tidak. Saya hanya akan kembali untuk menjadi pengurus Manchester United.

“Mereka tidak pernah bertanya kepada saya. Mungkin sebab itu mereka tidak memenangi Kejuaraan Liga Perdana.”

Eric Cantona menjadi kesayangan penyokong Manchester United selepas membantu kelab tersebut memenangi kejuaraan Liga Perdana pada tahun 1993.

Tags : Eric CantonaManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.