United, City bersaing dapatkan pemain pertahanan Sevilla - Stadium Malaysia
close
Football

United, City bersaing dapatkan pemain pertahanan Sevilla

lenglet

Manchester United dan Manchester City akan bersaing lagi, tapi kini untuk dapatkan pemain.

Pemain yang menjadi sasaran kedua-dua pasukan adalah pemain pertahanan Sevilla, Clement Lenglet.

Menurut laporan Daily Mail, kedua-dua pasukan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah itu yang juga boleh bermain di pertahanan kiri.

Lenglet, 22 tahun, pernah beraksi bersama skuad bawah 21 tahun Perancis terkenal dengan kekuatan dan ketenangannya ketika bermain.

Jose Mourinho dan Pep Guardiola dilihat mahu memperkuat pertahanan pasukan masing-masing dalam persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris.

Kedua-dua pengurus kini sedang sibuk mencari pemain pertahanan kiri selepas dilihat goyah di posisi tersebut dengan kecederaan Benjamin Mendy bagi City dan Mourinho yang dilihat tidak yakin dengan Luke Shaw.

Tags : Clement LengletManchester CityManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.