Liverpool dan Leicester rebut Hegazi - Stadium Malaysia
close
Football

Liverpool dan Leicester rebut Hegazi

ahmed-hegazi-west-brom-bournemouth_4072094

Pada musim perpindahan yang lalu, Liverpool telah berusaha untuk membawa masuk Virgil Van Dijk untuk memperkuat benteng pertahanan mereka.

Menjelang jendela perpindahan Januari ini, nampaknya Liverpool sudah menukar sasaran mereka dan mahu mendapatkan pemain lain pula.

Liverpool dan Leicester City nampaknya akan bersaing untuk mendapatkan pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazi.

Hegazi menyertai West Brom secara pinjaman dari kelab Mesir, Al-Ahly , namun dikhabarkan wakil daripada Liverpool telah bertemu dengan wakil Al-Ahly untuk berbincang.

Leicester mempunyai kelebihan untuk mendapatkan Hegazi kerana ketua pengambilan pemain mereka, Eduardo Macia pernah berkerjasama dengan Hegazi ketika kedua-duanya di Fiorentina.

Namun, hasrat kedua-dua pasukan mungkin diganggu oleh West Brom yang mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain tersebut secara tetap dengan nilai €5 juta.

Tags : Ahmed HegaziLeicesterLiverpool
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.