Cristiano Ronaldo beri senarai tiga pemain yang perlu dibawa ke Real Madrid - Stadium Malaysia
close
Football

Cristiano Ronaldo beri senarai tiga pemain yang perlu dibawa ke Real Madrid

real-madrid-cristiano-ronaldo-champions-league-goal-celeb-malmo_3386287

Kita biasa dengar pengurus atau jurulatih yang membuat permintaan kepada kelab pemain mana untuk dibeli.

Berbeza pula dengan Real Madrid apabila pemain yang memberitahu presiden kelab pemain mana perlu dibawa masuk.

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah memberikan senarai tiga pemain yang dia mahu dibawa ke Bernabeu kepada Florentino Perez selepas Real Madrid semakin ketinggalan dalam persaingan liga.

Menurut Diario Gol, ketua pasukan Portugal itu mahu melihat pemain seperti Goncalo Guedes, pemain pertahanan PSG Marquinhos dan penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa untuk dibawa ke Real Madrid.

Namun, ketiga-tiga nama tersebut masih mempunyai kontrak bersama kelab masing-masing dan hanya boleh didapati pada musim hadapan.

Disebabkan Perez mahu memperkuat benteng pertahanan secepat mungkin, Real mungkin menukar sasaran kepada David Luiz yang dikhabarkan mahu meninggalkan Chelsea selepas bertelingkah dengan Antonio Conte.

Tags : Cristiano RonaldoReal Madrid
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.