Anak jurulatih Indonesia jaringkan gol menentang Real Madrid - Stadium Malaysia
close
Football

Anak jurulatih Indonesia jaringkan gol menentang Real Madrid

069518200_1509072176-1

Pasukan divisyen 3 Sepanyol, Fuenlabrada memberikan saingan sengit kepada Real Madrid dalam aksi timbal balik peringkat 32 pasukan Copa del Rey, namun terpaksa berputih mata selepas tewas 4-2 secara agregat selepas terikat 2-2.

Apa yang menarik, jaringan pertama perlawanan pada minit ke-25 dihasilkan oleh Luis Milla Manzanares yang merupakan anak kepada jurulatih Indonesia, Luis Milla Aspas.

Luis Milla yang kini sedang giat melatih skuad Indonesia untuk Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta pada tahun hadapan sempat memberi kata-kata semangat kepada anaknya menerusi laman Twitter peribadinya.

“Kamu layak beraksi dalam perlawanan seperti ini di atas segala dedikasi dan ketabahan, yang merupakan peribadimu. Buat apa yang kamu biasa lakukan setiap hari Ahad, dan yang paling penting nikmatilah. Selamat berjaya, juara!”

Fuenlabrada membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Milla yang menewaskan penjaga gol utama Real Madrid, Keylor Navas. Namun Real bangkit dan menjaringkan dua gol menerusi Borja Mayoral pada minit ke 62 dan 70.

Fuenlabrada menjaringkan satu lagi gol menerusi Alvaro Portilla Suarez untuk menjadikan keputusan 2-2, namun pasukan divisyen 3 itu tewas dengan agregat 4-2.

Tags : FuenlabradaLuis MillaReal Madrid
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.