Da Cruz dalam radar Arsenal - Stadium Malaysia
close
Football

Da Cruz dalam radar Arsenal

da-cruz-IMG_0126

Arsenal dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris kini sedang memerhatikan penyerang muda Belanda, Alessio Da Cruz.

Da Cruz, 20 tahun, kini beraksi di Serie B Itali bersama kelab Novara, menjaringkan lima gol dari 12 penampilan.

Selain Arsenal, tiga lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang dikhabarkan sedang memerhatikan bintang muda ini adalah Brighton, Southampton dan Swansea.

Pemain muda ini memulakan kariernya bersama FC Twente dan beraksi di liga kedua Belanda, Eerst Divisie pada musim lalu dengan menjaringkan lima gol dari 21 penampilan.

Pencari bakat Ajax menemuinya ketika berusia 10 tahun sebelum berhijrah ke Almere City dan Twente, di mana dia dibawa masuk ke pasukan utama.

Da Cruz boleh bermain sebagai penyerang atau pemain sayap.

 

Tags : Alessio Da CruzArsenal
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.