Everton sedia umumkan pelantikan Sam Allardyce - Stadium Malaysia
close
Football

Everton sedia umumkan pelantikan Sam Allardyce

97627121_Sam-Allardyce-large_trans++1JCLhsEY1VTxrhdU_Ta9p0VdfJawEtOBK9TE10h8_h4

Everton bersedia mengumumkan pelantikan Sam Allardyce sebagai pengurus baru mereka sebelum perlawanan menentang West Ham hari ini.

Pemegang saham terbesar Everton, Fashad Moshiri dan Pengarah Bolasepak Everton, Steve Walsh telah terlibat dalam perbincangan dengan bekas pengurus England itu.

Menurut laporan media England, perbincangan tersebut telah mencapai kata sepakat dan Allardyce akan memulakan tugasnya dengan menerima kunjungan Huddersfield ke Goodison Park hujung minggu ini.

Allardyce dikatakan mahu kontrak yang lebih panjang berbanding kontrak enam bulan yang ditawarkan oleh Moshiri.

Bekas pengurus Bolton Wanderers itu juga mahukan bekas pengurus Leicester City, Craig Shakespeare menjadi pembantunya dan juga dua jurulatih yang bersamanya ketika menjadi pengurus England, Martyn Margertson dan Sammy Lee.

Everton menunjukkan aksi mendukacitakan pada musim ini walaupun telah berbelanja besar untuk membawa pemain-pemain hebat seperti Wayne Rooney, Jordan Pickford, Michael Keane, Gylfi Sigurdsson dan ramai lagi.

Hari ini mereka akan bertemu bekas pengurus mereka David Moyes yang kini mengendalikan West Ham dalam perlawanan yang cukup penting buat kedua-dua pasukan yang mahu menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

Tags : EvertonSam Allardyce
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.