Dortmund tawarkan Aubameyang kepada Chelsea - Stadium Malaysia
close
Football

Dortmund tawarkan Aubameyang kepada Chelsea

nintchdbpict000369102485

Nampaknya masa Pierre-Emerick Aubameyang di Borussia Dortmund sudah hampir ke penghujungnya.

Selepas menimbulkan masalah dan menunjukkan disiplin yang teruk , penyerang Gabon itu dikhabarkan telah ditawarkan kepada Chelsea menjelang jendela perpindahan Januari.

Aubameyang telah menjaringkan 17 gol dari 19 perlawanan musim ini, tetapi pelbagai kontroversi timbul dari penyerang tersebut dan Dortmund telah membuat keputusan untuk menjualnya.

Chelsea merupakan antara salah satu kelab yang telah diberitahu mengenai kesediaan Dortmund untuk melepaskan pemain tersebut pada bulan Januari nanti.

Pengurus Chelsea dikatakan mahu mencari seorang lagi penyerang bagi memperkuat pasukannya ekoran kecederaan Mitchy Batshuayi dan meringankan beban Alvaro Morata.

Aubameyang dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Schalke 04 pada hujung minggu lalu yang berakhir dengan keputusan seri 4-4.

Dortmund mendahului 4-0 sebelum Aubameyang dibuang padang pada minit ke-55.

Tags : Borussia DortmundChelseaPierre Emerick Aubameyang
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.