Harry Kane mahu sertai Real Madrid - Stadium Malaysia
close
Football

Harry Kane mahu sertai Real Madrid

nintchdbpict000342342773-e1501445666896

Penyerang Tottenham Hostpur, Harry Kane dikhabarkan memberitahu rakan-rakannya bahawa dia mahu berpindah ke Real Madrid.

Penyerang sensasi England itu sememangnya telah menjadi sasaran dua kelab besar Sepanyol, Real Madrid dan juga Barcelona selepas mempamerkan aksi cemerlang di Liga Perdana Inggeris beberapa musim ini.

Menurut laporan media Sepanyol, Kane menyimpan impian untuk beraksi dalam pasukan yang sama dengan Cristiano Ronaldo. Kane juga dikatakan tidak berminat untuk menyertai Barcelona walaupun ditawar kontrak yang lumayan.

Real Madrid meminati Harry Kane dan tidak kisah untuk berbelanja besar bagi mendapatkannya. Zidane juga dalam proses mahu merombak pasukan dan membawa masuk pemain-pemain muda bagi menggantikan pemain sedia ada.

Selain Kane, turut dikatakan menjadi sasaran Real Madrid adalah dua pemain Chelsea, Thibau Courtois dan Eden Hazard serta pemain Manchester United, Anthony Martial.

Tags : Harry KaneReal Madrid
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.