Persebaya belum tentu dapatkan Andik Vermansyah - Stadium Malaysia
close
Football

Persebaya belum tentu dapatkan Andik Vermansyah

20140909_175805_andik-vermansyah-selangor

Selepas kontrak Andik Vermansah bersama Selangor tamat, dia menjadi rebutan kelab Indonesia dan Malaysia.

Pastinya kelab yang paling dikaitkan dengan Andik adalah kelab lamanya, Persebaya Surabaya yang berjaya naik ke Liga 1 Indonesia selepas menewaskan Martapura FC pada separuh akhir Liga 2.

Warga Surabaya terutamanya membanjiri akaun instagram Andik dan meminta agar pemain lincah Indonesia itu kembali bersama Persebaya dan beraksi untuk mereka musim hadapan.

Pihak pengurusan Persebaya menyatakan bahawa pemilihan pemain bagi skuad yang terkenal dengan julukan Bajul Ijo bagi musim hadapan terletak di tangan jurulatih.

“Pasti ada banyak permintaan. Kami juga banyak ditawarkan beberapa pemain. Tetapi semua bergantung kepada keperluan pasukan dan keputusan jurulatih. Kami tidak ingin terburu-buru,” kata pengurus Persebaya, Chairul Basalamah seperti dilaporkan Liputan6.com pada hari Isnin.

“Andik bagus, tetapi jurulatih lebih tahu penyelesaian dalam pasukan ini.”

Mungkinkah Andik akan menjadi bintang buat Persebaya tahun hadapan? Atau dia akan kekal beraksi di luar Indonesia? Semuanya berada di tangan Andik sendiri untuk membuat keputusan.

 

Tags : Andik VermansahPersebaya Surabaya
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.