Anthony Martial jadi sasaran Real Madrid - Stadium Malaysia
close
Football

Anthony Martial jadi sasaran Real Madrid

3403E8F2B8434A4D8C6776862AA5B8A0

Cristiano Ronaldo, David Beckham, Ruud Van Nistelrooy dan Gabriel Heinze. Itu antara pemain Manchester United yang berhijrah ke Real Madrid.

Walaupun gagal membawa masuk David De Gea ke Madrid, nampaknya juara Eropah itu masih mahu cuba berurusan dengan Manchester United, tetapi kali ini untuk mendapatkan pemain lain pula.

Selepas gagal mendapatkan Kylian Mbappe, Real Madrid dikhabarkan bersedia membayar £80 juta untuk mendapatkan Anthony Martial.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane percaya pemain berusia 21 tahun itu akan menjadi bintang di masa hadapan dan mampu untuk bergabung dengan visi masa hadapan yang mahu dilaksakannya.

Zidane dikhabarkan mahu membawa masuk pemain muda bagi memperkuat pasukan dengan kebanyakan pemain bintang yang ada sekarang sudah berada di hujung kerjaya mereka.

Pemain seperti Cristiano Ronaldo akan berusia 33 tahun pada Februari tahun hadapan sementara Karim Benzema pula akan berusia 30 tahun pada Disember nanti. Luka Modric pula berusia 32 tahun dan Gareth Bale sering dilanda kecederaan.

Martial menandantangani kontrak empat tahun dengan tambahan satu tahun ketika menyertai Manchester United dari Monaco pada 2015. Pastinya Mourinho tidak mahu melepaskan pemain serangan yang dilihat mempunyai kebolehan paling hebat dan menghiburkan penyokong di Old Trafford.

Tags : Anthony MartialManchester UnitedReal Madrid
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.