Pep Guardiola mahu dapatkan pemain pertahanan Sepanyol - Stadium Malaysia
close
Football

Pep Guardiola mahu dapatkan pemain pertahanan Sepanyol

de10bbdd24bbafad576876928f916cd5c8cab459-768×614

Seorang lagi pemain pertahanan menjadi sasaran Manchester City.

Menjelang jendela perpindahan Januari, begitu ramai pemain dikaitkan dengan Manchester City dan terbaru, pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez.

Martinez yang juga menunjukkan aksi cemerlang bersama Sepanyol pernah dikaitkan dengan City pada jendela perpindahan yang lalu, telah berulang kali dilihat oleh pencari bakat City pada musim ini.

Inigo Martinez menunjukkan aksi cemerlang bersama Sepanyol. Photo credit: Zimbio.com

Kecederaan hamstring John Stones dan keraguan terhadap ketahanan Vincent Kompany menguatkan lagi khabar bahawa Pep berminat membawa masuk Martinez, ditambah pula dengan kebolehannya untuk bermain di pertahanan kiri.

Pep kehilangan pemain pertahanan kirinya, Benjamin Mendy akibat kecederaan pada September lalu dan kini meletakkan pemain tengah, Fabian Delph di posisi tersebut.

Tags : Inigo MartinezManchester CitySepanyol
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.