Manchester United mahu dapatkan bintang muda Brazil - Stadium Malaysia
close
Football

Manchester United mahu dapatkan bintang muda Brazil

malcom-bordeaux-HD

Kleberson, Anderson, Rafael dan Fabio Da Silva.

Itu antara pemain Brazil yang pernah bermain bersama Manchester United.

Nampaknya Red Devils mahu menambah seorang lagi pemain Brazil untuk menyarung jersi merah pasukan mereka.

Pengurus United, Jose Mourinho dikatakan mahu menggandakan usaha untuk mendapatkan pemain muda Bordeaux, Malcolm yang dikatakan bintang muda terbaru Brazil.

Pencari bakat Manchester United dikhabarkan hadir ke Perancis bagi menyaksikan perlawanan di antara Bordeaux dan Marseille yang berkesudahan seri 1-1 pada hujung minggu lalu.

Mourinho merupakan peminat pemain muda itu sejak musim lalu dan telah melihat aksinya pada Februari lalu.

Selain United, turut menunjukkan minat terhadap pemain kelahiran Sau Paulo ini adalah Liverpool, Arsenal, Tottenham, Chelsea, Bayern Munich dan PSG.

Malcolm menyertai Bordeaux dari Corinthians pada Januari 2016. Namun, awal tahun ini dia menyatakan bahawa dia berminat untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Sejak permulaan musim ini, Malcolm telah menjaringkan lima gol dan empat bantuan gol untuk Bordeaux dalam kancah Ligue Un.

Tags : BordeauxMalcolmManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.