Kelab Croatia mahu dapatkan sensasi internet Borneo FC - Stadium Malaysia
close
Football

Kelab Croatia mahu dapatkan sensasi internet Borneo FC

terens-puhiri_66d4b5c

Siapa sangka, kerana satu video viral, mampu membuka peluang kepada seorang pemain bolasepak.

Pemain Borneo FC, Terens Puhiri yang video larian pantasnya untuk menjaringkan gol menjadi tular di Internet dikhabarkan telah mendapat tawaran untuk beraksi bersama satu kelab Croatia.

Presiden Borneo FC, Nabil Husein Said Amin dalam laporan Bolasport menyatakan kelab tidak akan menghalang jika Terens mahu beraksi bersama kelab Croatia itu.

“Ada kelab dari Croatia mahu mendapatkan Terens dengan kontrak tiga tahun.

“Kami sudah berbincang mengenai gaji, tapi sekarang kami sedang berbincang mengenai harga yang perlu dibayar oleh kelab tersebut.

Nabil menyatakan bahawa mereka tiada masalah untuk melepaskan Terens kerana mahu pemain itu mempertingkat keupayaan dengan beraksi di luar Indonesia.

Terens Puhiri menjadi sensasi internet apabila video lariannya untuk menjaringkan gol menentang Mitra Kukar tular di Internet. Dalam perlawanan tersebut, Terens melakukan serangan balas dengan larian pantas dari kawasan sendiri sehingga menjaringkan gol.

Tags : Borneo FCTerens Puhiri
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!