Bali United mahu dapatkan Rafael van der Vaart - Stadium Malaysia
close
Football

Bali United mahu dapatkan Rafael van der Vaart

1497361586_327990_1497361633_noticia_normal

Selepas Michael Essien, Peter Odemwingie, Carlton Cole dan Mohamed Sissoko, nampaknya seorang lagi nama besar dari Eropah akan memperagakan aksinya di Liga Indonesia.

Bali United dikhabarkan ingin membawa masuk bekas pemain tengah Real Madrid, Rafael Van Der Vaart ke pasukan mereka.

Pemain berusia 34 tahun itu kini masih mempunyai kontrak bersama FC Midtjylland namun tidak diturunkan langsung pada musim ini.

Menurut laporan Bolasport, Bali United berminat mahu membawa Van Der Vaart sebagai pemain berstatus ‘Marquee Signing’ mereka untuk musim hadapan dan membantu mereka dalam misi layak ke Liga Juara-Juara Asia.

Presiden Bali United, Pieter Tanuri berkata: “Terdapat beberapa pemain yang kami cuba dapatkan yang saya rasa memang hebat.

“Kami tidak mahu mengumumkan apa-apa lagi kerana kami risau dengan persaingan kelab lain, tetapi masa untuk mengumumkannya nanti menarik.”

Bali United menamatkan kempen Liga 1 Indonesia di tempat kedua, di belakang Bhayangkara FC, namun ekoran kegagalan Bhayangkara FC mendapatkan lesen AFC, Bali United menggantikan tempat mereka.

Tags : Bali UnitedLiga 1 IndonesiaRafael van der Vaart
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!