Gagal dapatkan Coutinho, Barcelona tukar sasaran ke Ozil - Stadium Malaysia
close
Football

Gagal dapatkan Coutinho, Barcelona tukar sasaran ke Ozil

Nampaknya Barcelona bersedia untuk berbelanja pada bulan Januari nanti.

Selepas dikatakan mahu mencuba untuk membawa masuk Phil Coutinho dari Liverpool dan Angel Di Maria dari Paris Saint-Germain, Barcelona kini berminat untuk mendapatkan perancang Arsenal, Mesut Ozil pada Januari nanti.

Ejen Mesut Ozil dikatakan sudah memulakan perbincangan bersama Barcelona dan disebabkan kontrak Ozil yang sudah hampir tamat, dia boleh berpindah ke Barcelona dengan bayaran perpindahan serendah £17 juta.

Menurut laporan media Sepanyol, ejen Ozil, Dr Erkut Sogut sudah memulakan perbincangan bersama pengurus besar kelab Catalan itu, Pep Segura.

Lembaga pengarah Barcelona masih berbelah bagi mengenai apa yang perlu dilakukan pada Januari nanti dengan Pengarah Teknikal Barcelona, Robert Fernandez mahu kelab tersebut meneruskan usaha mendapatkan Coutinho.

Namun, Pep Segura, yang menjawat jawatan yang lebih tinggi dari Fernandez mahu kelab tersebut melihat pilihan lain dan Ozil merupakan pilihan paling munasabah ekoran kontraknya yang bakal berakhir.

Selain Barcelona, Manchester United juga berminat untuk membawa masuk Ozil yang menunjukkan aksi cemerlang ketika Arsenal menewaskan Tottenham dalam North London Derby hujung minggu lalu.

Tags : BarcelonaMesut Ozil
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.