Manchester City berminat dapatkan Riyad Mahrez - Stadium Malaysia
close
Football

Manchester City berminat dapatkan Riyad Mahrez

riyad-mahrez-algeria_12410

Nampaknya Pep mahu mendapatkan semua pemain menyerang yang ada di Liga Perdana Inggeris dan melambakkan mereka dalam pasukannya.

Tidak habis lagi dengan percubaan mendapatkan Alexis Sanchez dari Arsenal, nampaknya Manchester City kini sedang cuba merisik pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez.

Menurut laporan Don Balon, Manchester City berminat untuk mendapatkan pemain sayap Algeria itu selepas Pep Guardiola dilihat berbual dengan Mahrez selepas City menewaskan Leicester 2-0 minggu lalu.

Guardiola dikatakan sedang mencari pengganti Jesus Navas yang kembali ke Sevilla pada jendela perpindahan yang lalu untuk menambahkan kekuatan dan pilihan dalam pasukannya.

Mahrez pula sebelum ini dikatakan menjadi sasaran Barcelona, Arsenal dan Chelsea pada jendela perpindahan yang lalu.

Namun, ketua pasukan Algeria itu menyatakan bahawa dia gembira untuk kekal di Leicester City.

“Saya selesa, saya sentiasa selesa.

“Sudah tentu saya mahukan cabaran baru, tetapi ianya tidak terjadi dan saya okay.

“Saya tidak kecewa dengan diri saya kerana saya sayangkan kelab ini dan saya sudah melalui segalanya dengan kelab ini.

“Kami memenangi liga, kami bermain di Liga Juara-Juara dan kami terselamat dalam dua perlawanan terakhir pada tahun pertama kami di Liga Perdana.

“Saya bermain dari Liga Kejohanan ke Liga Perdana dan Liga Juara-Juara bersama kelab ini – semuanya dengan kelab ini! Saya yakin di sini dan rasa gembira.”

Tags : Manchester CityPep Guardiolariyad mahrez
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.