Louis Van Gaal bakal jadi pengurus Everton? - Stadium Malaysia
close
Football

Louis Van Gaal bakal jadi pengurus Everton?

louis-van-gaal-premier-league-manchester-united_3250574-1421137160

Selepas gagal dengan percubaan mendapatkan Marco Silva sebagai pengurus mereka, nampaknya Everton dikhabarkan akan cuba membawa masuk seorang pengurus yang cukup hebat untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus mereka.

Selepas kepulangan Wayne Rooney dari Manchester United, nampaknya Everton juga berminat untuk mendapatkan bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal untuk membimbing Everton.

Pengurus Belanda itu dikatakan sekarang berminat untuk mendengar mana-mana tawaran selepas 18 bulan berehat setelah memenangi Piala FA bersama Manchester United pada musim 2015/2016 yang lalu.

Namun,Louis Van Gaal telah menafikan perkara ini dan menyatakan bahawa Everton tidak pernah menghubunginya.

“Saya belum ditanya lagi,” kata Van Gaal ketika dihubungi Sportsmail.

Buat masa ini, Everton dikendalikan oleh pengurus sementara, David Unsworth selepas mereka memecat Ronald Koeman ekoran prestasi buruk pasukan.

Percubaan Everton untuk mendapatkan Marco Silva gagal selepas Watford enggan melepaskan Silva dan tiada klausa pelepasan dalam kontraknya.

Tags : EvertonLouis van Gaal
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.