Real Madrid mahu Kun Aguero berhijrah ke Santiago Bernabeu - Stadium Malaysia
close
Football

Real Madrid mahu Kun Aguero berhijrah ke Santiago Bernabeu

Mungkinkah Aguero akan meninggalkan City jika Alexis Sanchez menyertai mereka?

Ura-ura mengatakan bahawa Real Madrid mahu mendapatkan Sergio Aguero dengan bayaran perpindahan berjumlah £53 juta tetapi semuanya bergantung jika Manchester City berjaya mendapatkan Alexis Sanchez.

Real Madrid sedang melalui kempen liga yang hambar dan pengurus Real, Zinedine Zidane mahu memperkuat barisan serangan mereka.

Aguero yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas menjaringkan gol menentang Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara yang lalu.

Arsenal dikhabarkan akan menjual sasaran utama Pep, Alexis Sanchez kepada Manchester City pada Januari nanti dan jika itu berlaku, City mungkin bersedia melepaskan Aguero.

Dengan Gabriel Jesus menunjukkan aksi cemerlang bersama City, nampaknya Aguero akan kembali ke Madrid selepas kali terakhir beraksi untuk Atletico pada tahun 2011.

Tags : Manchester CityReal MadridSergio Aguero
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.