Manchester United mahu berbelanja £136 juta untuk dapatkan Bale dan Griezmann - Stadium Malaysia
close
Football

Manchester United mahu berbelanja £136 juta untuk dapatkan Bale dan Griezmann

Club-Atletico-de-Madrid-v-Real-Madrid-CF-La-Liga

Nampaknya Manchester United benar-benar mahukan kejuaraan liga musim ini.

Demi memperkuat cabaran mereka bagi menjulang kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2012, Manchester United dikhabarkan bakal berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari nanti.

Red Devils dilaporkan sanggup membayar £136 juta bagi mendapatkan dua bintang La Liga, Gareth Bale dan Antoine Griezmann.

Menurut laporan The Sun, wakil Manchester United telah bertemu dengan ejen Griezmann bagi membincangkan tawaran baru.

United mensasarkan Griezmann pada jendela perpindahan awal musim yang lalu tetapi ditolak ekoran penggantungan perpindahan yang dikenakan kepada Atletico Madrid.

Bale yang bermain untuk kelab seteru setempat Griezmann, Real Madrid juga menjadi sasaran Mourinho yang mahu memperkuat bahagian serangan United.

Walaupun rekod kecederaan Bale agak teruk dalam tempoh 12 bulan ini, United dikhabarkan sanggup mengambil risiko tersebut.

Kontrak Bale bersama Real akan tamat pada tahun 2020, tetapi jika Real mahu menjual pemain Wales itu, kelab lamanya Tottenham Hotspur akan dihubungi terlebih dahulu oleh Madrid.

Tags : Antoine GriezmannGareth BaleManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.