Bale dinasihatkan untuk menolak perpindahan ke Man Utd - Stadium Malaysia
close
Football

Bale dinasihatkan untuk menolak perpindahan ke Man Utd

i

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Wales, Chris Coleman berasa bahawa Gareth Bale tidak patut berhijrah ke mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris, termasuk Man United.

Bintang Real Madrid itu sedang dikaitkan dengan penghijrahan daripada Santiago Bernabeu, terutamanya selepas Florentino Perez dikatakan tidak begitu gembira dengan tahap kecergasan bekas pemain Spurs itu.

Manchester United pula berminat untuk membawanya ke Old Trafford tetapi Coleman berpendapat bahawa Bale perlu beraksi di liga yang tidak menekankan aspek fizikal.

“Saya mahu lihat Gareth pergi ke mana-mana kelab yang menjadi pilihannya. Jika saya diberi kepercayaan untuk terus mengemudi skuad Wales untuk dua atau empat tahun lagi, saya mahu lihat Bale kekal di Real Madrid.

“Bale banyak mengalami kecederaan sejak kebelakangan ini dan Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang lebih susah daripada La Liga, dari segi fizikal. Liga Perdana Inggeris memang susah.

“Bila Bale gembira, dia mampu bermain dengan cukup bagus. Jika dia gembira di Madrid, dia boleh kekal di sana. Jika tidak, dia perlu berhijrah ke kelab lain,” tambah Coleman.

Tags : Chris ColemanGareth BaleManchester UnitedReal Madrid
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com