"Mourinho hampir merosakkan karier anak saya" - Bapa Ruben Loftus-Cheek - Stadium Malaysia
close
Football

“Mourinho hampir merosakkan karier anak saya” – Bapa Ruben Loftus-Cheek

Britain Soccer Premier League

Bapa kepada pemain muda Crystal Palace, Ruben Loftus-Cheek berpendapat bahawa Jose Mourinho merupakan sebab di belakang karier anaknya hanya meningkat sejak kebelakangan ini.

Loftus-Cheek, yang dipinjamkan ke Palace daripada Chelsea, berjaya membuat penampilan pertama untuk England pada minggu lepas dan dia turut dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan apabila England seri 0-0 bersama Germany.

Namun, bapa Loftus-Cheek berasa bahawa anaknya sudah lama mempunyai cukup kebolehan untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris, namun pembangunannya dihadkan oleh Mourinho ketika beliau bersama Chelsea.

“Jose Mourinho menghentikan pembangunannya. Dia sepatutnya diberi peluang untuk bermain. Semua orang yang mengenali potensi Loftus-Cheek hairan kenapa dia tidak diberi peluang untuk bermain,” ujar Trevor Loftus-Cheek kepada Daily Mail.

“Jika Ruben bermain di bawah Pocchetino, sudah tentu dia sudah membuat 70 atau 80 penampilan bersama skuad utama,” tambah bapanya.

Loftus-Cheek dijangka akan diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama sekali lagi apabile England turun menentang Brazil di Wembley, malam nanti.

Tags : ChelseaLiga Perdana InggerisRuben Loftus-Cheek
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!