Gianluigi Buffon sah bersara daripada bolasepak antarabangsa - Stadium Malaysia
close
Football

Gianluigi Buffon sah bersara daripada bolasepak antarabangsa

gianluigi-buffon-italy_jxtiahm3a3zw1tqk2rgt9gk19

Gianluigi Buffon telah mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada skuad Itali selepas mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Skuad Azzurri hanya mampu seri 0-0 bersama Sweden malam semalam, yang bermakna bahawa Sweden berjaya meraih kemenangan 1-0 atas skor agregat dan sekaligus melayakkan diri ke pentas Piala Dunia.

Selepas perlawanan malam semalam di Milan, Buffon secare rasmi membuat pengumuman tersebut, sambil menangis di hadapan kamera.

“Ia memang mengecewakan. Bukan bagi saya, tetapi bagi seluruh negara saya. Kami gagal dalam perkara yang cukup penting untuk rakyat Itali. Namun, keputusan saya untuk bersara adalah wajar. Saya cuma kecewa yang perlawanan terakhir saya bersama skuad Azzurri merupakan kegagalan kami untuk melayakkan diri ke Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, saya masih berpendapat bahawa bolasepak Itali masih mempunyai masa depan. Kita ada kebolehan, keyakinan dan juga keazaman yang cukup tinggi. Dan kita akan mencari jalan untuk bangkit semula selepas ini.

“Saya meninggalkan skuad Itali yang sudah tentu mampu bangkit semula,” tambah Buffon.

Dalam dua dekad bersama skuad Azzurri, Buffon telah berjaya membuat 175 penampilan untuk Itali dan juga berjaya bermain di dalam lima edisi Piala Dunia. Buffon turut memainkan peranan yang cukup besar dalam skuad Itali yang memenangi Piala Dunia pada tahun 2006.

 

Tags : Gianluigi BuffonItaliPiala DuniaSweden
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!