Dortmund yakin dapat bawa bintang Liverpool ke Signal Iduna Park - Stadium Malaysia
close
Football

Dortmund yakin dapat bawa bintang Liverpool ke Signal Iduna Park

maxresdefault

Borussia Dortmund dikatakan berminat untuk membawa Emre Can ke Signal Iduna Park untuk menguatkan skuad mereka pada musim panas depan.

Can masih belum menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan khabar angin daripada England menyatakan bahawa pemain Germany itu mahu mencuba nasib di kelab lain pada musim depan.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Can adalah Juventus dan juga Bayern Munich, namun Dortmund juga berminat untuk menjadikan Can tonggak utama mereka di bahagian ‘defensive midifeld’ untuk musim depan.

Liverpool Echo turut mendedahkan bahawa ejen Can juga merupakan ejen kepada ketua jurulatih Dortmund, Peter Bosz, dan juga dua pemain Dortmund – Nuri Sahin dan Mahmoud Dahoud.

Ini bermakna bahawa Dortmund mempunyai akses secara langsung kepada Can dan mereka yakin bahawa perhubungan ini mampu membawa Can ke Signal Iduna Park.

Tags : Borussia DortmundBundesligaLiga Perdana InggerisLiverpool
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!