Sadio Mane pulang ke Liverpool dengan berita buruk - Stadium Malaysia
close
Football

Sadio Mane pulang ke Liverpool dengan berita buruk

Sadio-Mane

Nasib yang agak malang?

Sadio Mane dikatakan mengalami kecederaan sekali lagi ketika bersama skuad Senegal yang baru sahaja berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Senengal FA mengesahkan bahawa Mane telah dihantar pulang ke Liverpool untuk memulakan proses pemulihan bersama doktor kelab Liga Perdana Inggeris itu.

“Selepas perlawanan Senegal vs Afrika Selatan pada Jumaat lalu, kecederaan lama Sadio Mane telah menyusul kembali.

“Kami mengadakan perbincangan dengan pasukan perubatan Liverpool dan membuat keputusan untuk menghantar beliau kembali ke England untuk memulakan proses pemulihan.”

Berita ini sudah tentu akan menghampakan Jurgen Klopp, yang jelas merindui kelibat Mane dalam kesebelasan utama Liverpool. Malah, Mane baru sahaja pulang dari kecederaan pada minggu lepas, apabile mereka menewaskan West Ham.

Penyokong Liverpool, apa perasaan anda tentang berita ini?

Tags : Liga Perdana InggerisLiverpoolSadio Mane
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!