Andik Vermansah bakal ke Bali United? - Stadium Malaysia
close
Football

Andik Vermansah bakal ke Bali United?

20140909_175805_andik-vermansyah-selangor

Ke manakah hala tuju Andik Vermansah?

Pemain sayap lincah itu kini sah meninggalkan Selangor dan pastinya banyak kelab yang mahu mendapatkan pemain asal Surabaya itu.

Sebelum ini kuat khabar angin mengatakan bahawa Andik akan kekal di Liga Super Malaysia untuk beraksi bersama pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur FA.

Tetapi, laporan terbaru dari Indonesia menyatakan bahawa Andik bakal berhijrah ke Bali United.

Jika Andik berpindah ke Bali United, dia akan beraksi bersama Irfan Bachdim dan Stefano Lilipaly. Photo credit: Tribunnews

Menurut laporan Tribun Bali pada 2 November lalu, Andik dikatakan berminat untuk bermain bersama kelab Liga 1 Indonesia itu.

“Mungkin bisa bermain di sini. Insya Allah tertarik juga bermain di Bali United.

“Senang suasana pasukan seperti ini, suka dengan pemain-pemain yang ada.

“Tahun lalu, saya pernah berhubung dengan Pak Yabes Tanuri (CEO Bali United). Waktu itu masih bersama Selangor. Belum tahu lagi sekarang bagaimana, fokus untuk bercuti dulu di Bali.”

Andik turut mengakui bahawa ada beberapa kelab telah menghubunginya. Antara kelab yang dikaitkan adalah Arema FC, Persib Bandung dan Persebaya Surabaya.

Jika Andik benar-benar berhijrah ke Bali United, dia akan beraksi bersama beberapa rakan sepasukannya dari pasukan kebangsaan seperti Irfan Bachdim dan Stefano Lilipaly.

Tags : Andik VermansahBali UnitedSelangor FA
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.