PSG mahu Antonio Conte jadi ketua jurulatih mereka - Stadium Malaysia
close
Football

PSG mahu Antonio Conte jadi ketua jurulatih mereka

AntonioConte2602

Selepas Jose Mourinho dikaitkan dengan Paris Saint-Germain, seorang lagi pengurus kelab Liga Perdana Inggeris juga dikaitkan dengan kelab Paris itu.

Menurut laporan, PSG sudah menghubungi pengurus Chelsea, Antonio Conte untuk menjadi pengurus baru mereka bagi menggantikan tempat Unai Emery.

Sebelum ini Jose Mourinho dikatakan bakal ke Paris, tetapi perkembangan terbaru menyatakan bahawa PSG lebih berminat dengan Antonio Conte.

Jose Mourinho turut dikaitkan dengan jawatan pengurus PSG Photo credit: Metro.co.uk

Media Perancis, Le Parisien melaporkan bahawa PSG telah berhubung dengan wakil Conte dan berbincang mengenai perkara tersebut.

Pengurus PSG, Unai Emery pada musim ini diberikan misi untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara jika dia berniat untuk kekal bersama kelab Paris itu. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan Emery berdepan risiko untuk dipecat walaupun memenangi kejuaraan liga.

Tags : Antonio ConteJose Mourinhoparis saint-germain
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.