Ini mesej David Moyes untuk semua penyokong West Ham di luar sana - Stadium Malaysia
close
Football

Ini mesej David Moyes untuk semua penyokong West Ham di luar sana

nintchdbpict0003653145971-e1510092736561

“Saya akan memberi peluang kepada pemain muda West Ham”

Itu mesej yang disampaikan oleh David Moyes kepada penyokong West Ham United. Keputusan kelab itu untuk membawa masuk Moyes tidak disambut dengan positif oleh barisan penyokong Hammers namun Moyes tekad mahu membantu West Ham bangkit di Liga Perdana Inggeris.

Walaupun kelab London itu mungkin akan membeli pemain baru apabila jendela perpindahan dibuka pada bulan Januari nanti, Moyes juga berjanji untuk memberi peluang kepada pemain muda dalam skuad bawah-23 tahun kelab itu.

“Mungkin kita perlu mencari jalan dan ruang untuk membawa masuk pemain muda. Saya juga diberitahu bahawa saya boleh membeli pemain pada bulan Januari, sekiranya kita memerlukan tenaga baru. Namun, saya tidak mahu berfikir tentang isu itu buat masa ini,” kata Moyes, menurut laporan Sky Sports.

“Perkara yang paling penting buat masa ini adalah memenangi perlawanan dan mendapatkan sokongan yang bagus dari penyokong. Para pemain juga perlu beraksi dengan cemerlang, mereka perlu bangkit.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu West Ham perbaiki rekod di Liga Perdana Inggeris. Tetapi para pemain juga perlu mengambil tanggungjawab ini. Ini bukan misi untuk ketua jurulatih sahaja,” tambah Moyes.

 

Tags : David MoyesLiga Perdana InggerisWest Ham United
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!