Sergio Aguero mahu pulang ke Argentina - Stadium Malaysia
close
Football

Sergio Aguero mahu pulang ke Argentina

Nampaknya tidak lama lagi penyokong Manchester City akan mengucapkan selamat tinggal kepada Sergio Aguero.

Penyerang sensasi Manchester City itu telah meluahkan hasratnya untuk kembali ke kelab lamanya Independiente pada tahun 2019 – setahun lebih awal dari perancangan asalnya.

Aguero dilaporkan telah bercakap mengenai hasratnya itu kepada media di Argentina ketika bersama skuad kebangsaan.

“Perancangannya sentiasa adalah untik kembali ke Independiente apabila kontrak saya bersama City tamat pada tahun 2019.”

Aguero memulakan kariernya di Independiente dan berniat untuk menamatkannya di situ. Photo credit: ole.com.ar

Mungkin Aguero tidak sedar bahawa dia mempunyai pilihan untuk menyambung kontraknya sehingga 2020, atau mungkin dia sedar dan tidak mahu menyambungnya.

Aguero memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak bersama kelab Argentina itu pada tahun 2003 dan membuat 54 penampilan serta menjaringkan 23 gol sebelum dia berpindah ke Atletico Madrid pada tahun 2006.

Dia kemudiannya menyertai projek Manchester City pada tahun 2011 dan menjadi kunci utama kejuaraan liga kelab berkenaan.

Tags : IndependienteManchester CitySergio Aguero
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.