Juventus mahu saingi Manchester United bagi dapatkan pemain Atletico - Stadium Malaysia
close
Football

Juventus mahu saingi Manchester United bagi dapatkan pemain Atletico

download

Kelab Serie A Itali, Juventus dikhabarkan mahu bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan pemain pertahanan Atletico Madrid.

Jose Gimenez merupakan pemain pertahanan yang menjadi sasaran jurulatih Manchester United, Jose Mourinho.

Kini, nampaknya Mourinho perlu bertindak pantas apabila Juventus juga kini mula menunjukkan minat untuk membawa pemain tersebut ke Turin.

Pemain kebangsaan Uruguay itu pada musim ini dilihat tidak banyak beraksi beberapa bulan ini apabila Diego Simeone lebih gemar menggunakan trio Stefan Savic,Lucas Hernandez dan Diego Godin.

Atletico dikhabarkan bakal menawarkan kontrak baru kepada Gimenez dengan klausa pelepasan bernilai €65 juta.

Selain Manchester United dan Juventus, banyak lagi kelab lain dikhabarkan mula menunjukkan minat terhadap pemain berusia 22 tahun ini.

Antaranya adalah Manchester City, Roma dan Inter Milan.

Tags : Jose GimenezJuventusManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.