Kontroversi Liga Indonesia, Irfan Bachdim didakwa mahu mogok dari bermain untuk pasukan kebangsaan - Stadium Malaysia
close
Football

Kontroversi Liga Indonesia, Irfan Bachdim didakwa mahu mogok dari bermain untuk pasukan kebangsaan

Pesepakbola Indonesia Irfan Bachdim mengusap keringat saat laga persahabatan melawan Timor Leste jelang Piala AFF 2012, di Stadion Utama Gelora Bung Karno Senayan, Jakarta, Rabu (14/11).

Nampaknya ada isu yang kurang enak di Liga Indonesia.

Pemain kebangsaan Indonesia, Irfan Bachdim dikhabarkan telah mengugut untuk tidak bermain dengan pasukan kebangsaan selepas pasukannya dinafikan kejuaraan liga ekoran satu kontroversi.

Irfan yang mewakili Bali United dilihat bakal menjulang kejuaraan, tetapi Bhayangkara FC diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas Mitra Kukar yang sebelum ini perlawanan mereka berakhir seri 1-1 kerana Mitra Kukar dikatakan menurunkan Mohammed Sissoko yang digantung perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Bhayangkara melonjak ke tempat pertama dan terus menjarakkan mata daripada Bali United selepas menewaskan Madura United di tempat lawan.

Menurut laporan media Indonesia, Irfan telah menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada jurulatih Bali United, Widodo C. Putro.

“Saya tidak mau main untuk PSSI kalau keputusan mereka seperti ini.”

Selain Irfan Bachdim, pemain kebangsaan yang turut beraksi untuk Bali United adalah Stefano Lilipaly dan Sylvano Comvalius.

Akan tetapi Irfan Bachdim seakan-akan menepis dakwaan ini menerusi laman Instagramnya.

Irfan telah memuat naik gambarnya yang menyarung jersi Indonesia sambil menulis: “Orang terlalu banyak bercakap. Jangan bercakap/hakimi jika anda tidak tahu perkara sebenar.”

Tags : Bali UnitedIrfan BachdimLiga 1 Indonesia
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.