Pemilik Everton mahu Diego Simeone - Stadium Malaysia
close
Football

Pemilik Everton mahu Diego Simeone

Selepas Ronald Koeman dipecat dari jawatan pengurus Everton, siapakah yang anda rasa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkannya?

Sebelum ini, beberapa nama yang biasa dengan Liga Perdana Inggeris telah dikaitkan dengan kelab Merseyside itu seperti Sam Allardyce, Marco Silva dan Sean Dyche.

Akan tetapi, rupanya pemilik Everton, Farhad Moshiri mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dari itu dan calon yang diinginkannya bukan calang-calang jurulatih.

Calon yang menjadi sasaran utama Moshiri adalah pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone.

Di bawah kendalian Simeone, Atletico berjaya menggangu penguasaan Barcelona dan Real Madrid di La Liga apabila muncul juara pada tahun 2014 selain mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Ronald Koeman dipecat selepas Everton menunjukkan aksi mengecewakan musim ini. Photo credit: The Independent

Pada musim ini, Atletico dilihat sedikit bergelut dan kini berada di tangga keempat La Liga.

Difahamkan Simeone gembira berada di Atletico dan telah menandatangani kontrak pada September lalu yang akan tamat pada 2020.

Seorang lagi calon yang dikaitkan dengan Everton, Sam Allardyce difahamkan telah bertemu dengan ahli lembaga Everton dan bakal ditawarkan kontrak untuk mengendalikan Everton sehingga hujung musim ini.

Bekas pengurus Leicester City, Craig Shakespeare dikhabarkan akan dibawa ke Everton untuk menjadi pembantu Allardyce.

Tags : Diego SimeoneEvertonFarhad Moshiri
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.