PSG terpaksa jual dua pemain untuk elak denda - Stadium Malaysia
close
Football

PSG terpaksa jual dua pemain untuk elak denda

gettyimages-495000492

Kita tahu bahawa Paris Saint-Germain telah berbelanja besar musim ini untuk membawa masuk Neymar dan Kylian Mbappe.

Disebabkan perbelanjaan besar itu, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengimbangi kewangan dan mengelak daripada dikenakan hukuman oleh FFP.

Kelab Ligue 1 itu perlu mendapatkan £70m musim ini terutamanya jika mereka mahu menukarkan kontrak Kylian Mbappe dari pemain pinjaman kepada pemain tetap mereka.

Lucas Moura gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama PSG musim ini. Photo credit: Aurelien Meunier/Getty Images

Ura-ura mengatakan bahawa PSG akan menjual dua pemain sayap mereka, Angel Di Maria dan Lucas Moura bagi mendapatkan wang tersebut.

PSG dikatakan telah menawarkan Lucas Moura kepada Chelsea sementara Angel Di Maria pula sebelum ini dikaitkan dengan Barcelona.

Angel Di Maria sebelum ini pernah bergelut untuk menampilkan aksi terbaiknya bersama Manchester United, oleh sebab itu tiada harapan untuk menyaksikan pemain sayap Argentina itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Tags : Angel Di MariaLucas MouraPSG
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.