Bintang muda Indonesia dikaitkan dengan Selangor - Stadium Malaysia
close
Football

Bintang muda Indonesia dikaitkan dengan Selangor

egy-maulana-vikri

Seorang lagi bintang Indonesia nampaknya bakal berhijrah ke Selangor.

Selepas Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan Andik Vermansyah, nampaknya Selangor dikhabarkan sedang memburu bintang muda sensasi Indonesia, Egy Maulana Vikri.

Pemain bawah 19 tahun Indonesia itu dikhabarkan telah ditawarkan kontrak Rp 2 Miliar (RM 625,000) oleh Selangor bagi membawanya ke Liga Super Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh bapa angkat Egy sendiri, Subagja Suihan kepada media Indonesia, Pewarta pada hari Jumaat lalu.

“Selangor sudah menawarkan kontrak bernilai Rp 2 Miliar untuk dua tahun.

Pemain berusia 17 tahun itu sebelum ini dikhabarkan menarik perhatian pasukan-pasukan ternama Eropah seperti Sporting Lisbon, Benfica,Getafe, Espanyol bahkan juara Eropah, Real Madrid.

Selain Egy, Selangor juga sebelum ini dikaitkan dengan pemain muda Persib Bandung, Febri Hariyadi.

Tags : Egy Maulana VikriIndonesiaSelangor
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.