Real Madrid mahu bawa pemain Man United ini ke Santiago Bernabeu - Stadium Malaysia
close
Football

Real Madrid mahu bawa pemain Man United ini ke Santiago Bernabeu

i

Real Madrid dikatakan berminat untuk membawa Juan Mata ke Real Madrid pada jendela perpindahan bulan Januari nanti.

Bintang Sepanyol itu tidak dimasukkan dalam skuad United yang berkunjung ke Stamford Bridge pada hujung minggu lalu dan berita tersebut telah menimbulkan pelbagai soalan tentang masa depan Mata di Man United.

Sekarang, Madrid mahu membawa Mata kembali ke Santiago Bernabeu – tempat di mana Mata memulakan kariernya pada tahun 2006.

Hubungan Mata dengan Mourinho sudah lama menjadi topik hangat di kalangan peminat Man United. Mourinho jelas mengalami masalah dengan Mata ketika berada di Chelsea dan jurulatih Portugis itu yang membuat keputusan untuk melepaskan Mata ke United pada tahun 2014.

Namun, apabile Mourinho membuat keputusan untuk menyertai United pada tahun lepas, beliau berkata bahawa hubungannya dengan Mata agak profesional dan mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama di Old Trafford.

Hakikatnya adalah kontrak Mata bakal tamat pada musim panas depan dan United mungkin lebih rela untuk melepaskannya ke Madrid daripada kehilangan khidmatnya untuk percuma pada penghujung musim ini.

Tags : Juan MataReal MadridZinedine Zidane
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!