Ini syarat yang perlu dipatuhi oleh Arsenal untuk Ozil menandatangani kontrak baru - Stadium Malaysia
close
Football

Ini syarat yang perlu dipatuhi oleh Arsenal untuk Ozil menandatangani kontrak baru

during the Barclays Premier League match between XXX and XXX at

Mesut Ozil berminat untuk kekal di Arsenal, hanya jika dia diberikan jersi bernombor 10.

‘Playmaker’ Arsenal itu jelas merupakan antara watak yang paling penting dalam skuad Arsene Wenger, sejak berhijrah dari Real Madrid pada tahun 2013.

Walaupun sering dikritik oleh peminat, statistik menunjukkan Ozil mempunyai rekod yang sama dengan bintang Man City, Kevin de Bruyne, dari segi ‘chances created’. Namun, kontrak pemain itu bersama Arsenal hanya berbaki enam bulan dan ini bermakna bahawa Ozil boleh berhijrah ke kelab lain untuk percuma pada musim panas depan,

Pemain yang berasal daripada Germany itu memakai jersi nombor 11 pada masa ini, namun menurut laporan The Sun, dia mahu Arsenal mengambil jersi nombor 10 daripada Jack Wilshere dan memberi kepadanya sebagai syarat untuk menandatangi kontrak baru bersama The Gunners.

Selain Ozil, Arsenal juga mungkin boleh kehilangan Alex Sanchez, yang turut mempunyai kontrak yang berbaki enam bulan sahaja. Malah, Sanchez dikatakan mungkin berhijrah ke Manchester City, untuk harga yang murah, pada bulan Januari nanti.

Tags : ArsenalMesut OzilThe Gunners
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!