Martial tidak puas hati dengan layanan Jose Mourinho di Old Trafford - Stadium Malaysia
close
Football

Martial tidak puas hati dengan layanan Jose Mourinho di Old Trafford

skysports-martial-mourinho-manchester-united_3877987

Penyerang Manchester United, Anthony Martial berpendapat bahawa dia berhak diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Red Devils itu.

Meskipun berjaya menjaringkan empat gol dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini, Martial dipaksa oleh Mourinho untuk duduk di bangku simpanan dalam kebanyakan perlawanan setakat ini dan bekas pemain Monaco itu jelas tidak begitu gembira dengan situasinya.

“Memang lebih senang jika saya dapat berada dalam kesebelasan utama. Bila saya dimasukkan sebagai pemain gantian, pemain lain dah cukup serasi dengan tempo permainan manakala saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat,” kata Martial kepada SFR Sport.

“Saya lebih selesa jika saya berada dalam kesebelasan utama kerana ia memberi saya masa untuk menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan.

“Namun, saya percaya dengan kebolehan saya dan saya rasa ketua jurulatih turut mempunyai pendapat yang sama. Sekarang, saya perlu terus menunjukkan corak permainan yang bagus di atas padang dan mungkin saya akan diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama,” tambah Martial.

Tags : Anthony MartialJose MourinhoManchester United
Newsdesk

The author Newsdesk

He's divine, he's fine, he's the supreme leader on the byline. Meet the Stadium.MY reporter!