Emre Can semakin hampir dengan pintu keluar Liverpool - Stadium Malaysia
close
Football

Emre Can semakin hampir dengan pintu keluar Liverpool

PA-31435447-e1499799179384-800×445

Semakin hampir.

Pemain tengah Liverpool, Emre Can dilihat semakin hampir dengan penghujung kerjayanya bersama Liverpool apabila perbincangan berkenaan kontrak baru bersama kelab tersebut dilihat tidak berjaya.

Pemain kebangsaan Jerman itu kini mempunyai baki tujuh bulan pada kontraknya dan jika tiada perjanjian baru ditandatangani, dia boleh menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab Eropah pada bulan Januari nanti.

Perbincangan untuk mendapat kontrak baru dilihat berjalan perlahan dan Klopp pastinya terdesak mahu pemain tersebut kekal selepas mempamerkan aksi yang baik pada musim ini.

Emre Can beraksi baik untuk Liverpool dan Jerman musim ini. Photo credit: Teamtalk.com

Apa yang membantutkan perbincangan mengenai kontrak baru ini dikatakan adalah berkenaan permintaan gaji Can yang terlalu tinggi dalam konteks struktur gaji Liverpool.

Pemilik Liverpool menetapkan had £75,000 kepada pemain yang mereka rasakan bukan ‘marquee signings’.

Wakil Can dikatakan mahukan gaji Can sama seperti Coutinho, £160,000 seminggu.

Setakat ini dua kelab, Juventus dan Bayern Munich dikatakan berminat dengan Emre Can.

Tags : Emre CanLiverpool
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.