Luke Shaw mahu pulang ke Southampton - Stadium Malaysia
close
Football

Luke Shaw mahu pulang ke Southampton

Luke-Shaw-655456

Saya mahu pulang.

Mungkin itulah yang difikirkan oleh pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw sekarang.

Pemain muda itu kini merancang untuk kembali ke kelab lamanya, Southampton pada bulan Januari nanti selepas kecewa tidak diturunkan dalam perlawanan.

Ini satu kebetulan, kerana Southampton juga dijangka menjual pemain pertahanan mereka, Ryan Bertrand kepada Manchester City yang kini mencari pemain pertahanan baru ekoran kecederaan yang menimpa Benjamin Mendy.

Aksi cemerlang Luke Shaw di Southampton menarik minat Manchester United dahulu. Photo credit: Bleacher Report

Dia berharap dengan perpindahan tersebut, ia akan membolehkannya bermain dengan kerap dan seterusnya menembusi skuad England ke Piala Dunia 2018 di Russia nanti.

Shaw telah cergas sepenuhnya selepas menjalani pembedahan buku lali pada Mei lalu tetapi hanya beraksi dua perlawanan Piala Liga pada musim ini selepas Mourinho dikatakan kurang menggemari Shaw.

Musim ini Jose Mourinho telah menggunakan Ashley Young, Matteo Darmian dan Daley Blind di posisi pertahanan kiri.

Tags : Luke ShawManchester UnitedSouthampton FC
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.