Jurgen Klopp telah mengenal pasti calon untuk menggantikan Simon Mignolet - Stadium Malaysia
close
Football

Jurgen Klopp telah mengenal pasti calon untuk menggantikan Simon Mignolet

Real-Madrid-v-Tottenham-Hotspur-UEFA-Champions-League

Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp telah memilih penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas sebagai calon utama untuk menggantikan Simon Mignolet musim depan.

Pasukan Liverpool jelas mengalami masalah di posisi tersebut dan Klopp mahu membawa masuk penjaga gol baru untuk dijadikan calon utama, di hadapan Mignolet dan Karius.

Menurut laporan Daily Mirror, Klopp telah menelefon Navas secara peribadi untuk menerangkan pelannya untuk musim depan dan meyakinkan penjaga gol Madrid itu untuk berhijrah ke Anfield.

Navas dikatakan tidak begitu gembira dengan layanan daripada presiden Real Madrid, Florentino Perez, terutamanya selepas mereka tewas 2-1 di tangan Girona pada hujung minggu lalu.

Dan Klopp berpendapat bahawa dia mampu menarik perhatian Navas dan menggunakan peluang tersebut untuk menyelesaikan masalah di gawang gol Liverpool.

Apa pandangan anda?

Tags : Jurgen Kloppkeylor navasLiverpoolReal MadridSimon Mignolet
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com