Kelab gergasi England ini hampir membawa masuk Sir Alex sebagai pengurus - Stadium Malaysia
close
Football

Kelab gergasi England ini hampir membawa masuk Sir Alex sebagai pengurus

promo309617527

Cuba bayangkan jika Sir Alex tidak mengambil alih Manchester United pada tahun 1986?

Sebenarnya, perkara itu hampir berlaku. Dua tahun sebelum Sir Alex berhijrah ke Old Trafford, beberapa kelab England berminat mendapatkan beliau sebagai pengurus, termasuk Tottenham Hotspur.

Ketika itu, Ferguson merupakan pengurus Aberdeen dan rekodnya bersama pasukan Scotland itu agak positif. Selepas membantu mereka menjuarai liga pada tahun 1980, Ferguson memimpin skuad tersebut untuk memenangi Piala Scotland dari 1982 ke 1984. Aberdeen turut mengalahkan Real Madrid untuk mengangkat European Cup Winners’ Cup pada tahun 1983.

Menurut laporan The Sun, Pengerusi Spurs pada masa itu, Irving Scholar mengadakan perbincangan terperinci dengan Ferguson, sebelum membuat perjanjian lisan untuk beliau mengambil alih di White Hart Lane. Namun, Ferguson akhirnya memilih untuk kekal bersama Aberdeen sebelum berhijrah ke Manchester United pada tahun 1986.

“Sebenarnya, saya memang ada berbincang dengan Alex Ferguson untuk membawanya ke Spurs. Bagi saya, jika kita berjabat tangan dan membuat perjanjian lisan, memang kena hormati perjanjian tersebut,” kata Scholar.

“Jadi memang kami berbincang macam-macam perkara dengan terperinci, sehingga ke kontrak beliau juga. Selepas itu, kami merancang untuk berjumpa di Paris, di mana kami berjabat tangan. Malangnya, Sir Alex tidak menghormati perjanjian tersebut.

“Dia tidak pernah memberitahu saya kenapa. Saya ada teori saya tapi perkara ini sudah tidak relevan lagi. Dia kekal di Aberdeen untuk dua tahun lagi selepas itu,” tambah Scholar.

 

Dalam dua tahun tersebut, Ferguson berjaya meraih kejuaraan Liga Scotland, Piala Scotland dan juga Piala Liga Scotland, sebelum menjadi pengurus baru Manchester United pada tahun 1986.

Tags : Irving ScholarManchester UnitedSir Alex FergusonTottenham Hotspur
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com